Friday, 18 July 2014

Hari Tragik Malaysia

Dalam kita tengah berduka dengan serangan Israel yang tak berhati perut di Bumi Palestin, negara kita dikejutkan pula dengan Insiden MH 17 yang ditembak oleh pengganas.

Lepas 132 hari kejadian MH370, Malaysia sekali lagi diuji dengan insiden yang tak diduga ini.Sesungguhnya tahun 2014 merupakan tahun yang penuh cabaran bukan sahaja buat Malaysia Airlines, malah untuk seluruh rakyat Malaysia.Sekiranya benar laporan yg mengatakan bahawa pengganas tersilap menembak pesawat ini, semoga pihak yang bertanggungjawab dapat bertindak secepat mungkin.

Kepada ahli keluarga penumpang dan krew MH 17, salam takziah diucapkan.Sesungguhnya kami yang tidak punya pertalian keluarga turut merasai kesedihan insiden ini.Dugaan yang berat ditambah pula syawal yang bakal tiba dalam tempoh 10 hari lagi.

Kepada pihak MAS dan kepimpinan kerajaan Malaysia,semoga tabah menghadapi insiden ini.Dugaan yang berat terpaksa kita hadapi dalam tempoh yang sangat singkat selepas negara kita digemparkan dengan kehilangan MH 370 Mac lalu.Semoga semuanya diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dan semoga kita mengetahui kebenaran,InshaAllah.

Malaysia Berduka.
Al-Fatihah.





Kepada rakyat Palestin,Malaysia akan sentiasa bersamamu,InshaAllah.
Paling penting, Allah sentiasa bersamamu,saudaraku.



No comments:

Post a Comment