Wednesday, 6 August 2014

Persediaan selepas dapat keputusan UPU

InshaAllah, 12 ogos ni (selasa) akan keluar keputusan UPU bagi calon STPM/setaraf.
Semoga berjaya kepada kawan-kawan dan semua yang menanti keputusan ini.

Semak keputusan UPU 2014 di sini

Antara persediaan selepas anda menerima keputusan UPU nanti ialah :

1.Bersyukur.(mestilah kan, sebab bukan semua yang memohon dapat,anda antara yang bertuah)

2.Tunggu emel daripada pihak IPTA yang akan menghantar surat tawaran kemasukan kepada anda.(selalunya 1-2 hari lepas keputusan UPU keluar).

3. Lepas dah dapat surat tawaran, sahkan tawaran tersebut di laman web IPTA tersebut.

4.Lepas dah sahkan, print semua panduan & borang yang disediakan.Panduan ni penting untuk kita buat persiapan sebelum mendaftar di IPTA.

5.Semak segala keperluan yang IPTA mahukan ( contoh,pakaian wajib semasa minggu Orientasi- kalau di UiTM minggu Orientasi dikenali sebagai Minggu Destini Siswa/MDS,Pelajar wajib memakai baju kurung/kemeja putih,kain/seluar & kasut hitam.Tudung & tie akan diberikan semasa mendaftar. Kalau di UKM pula,minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar/MMP,pakaian wajib ialah Baju kurung biru dan tudung putih untuk wanita & kemeja putih dan seluar hitam untuk lelaki.Kasut bertutup warna hitam)
*Sediakan pakaian rasmi ni sekurang-kurangya satu pasang.Pakaian ni dipakai semasa berada di dewan bersama Naib Canselor dsb.

6.Buat medical check-up,jangan lupa cetak borang medical check up yg disediakan IPTA masing-masing.

7.Lengkapkan segala borang yang diperlukan oleh IPTA semasa mendaftar.(borang diri,medical check up,borang PTPTN,dll)

8.Bersedia fizikal dan mental untuk melalui fasa baru dalam menuntut ilmu :)

Anda hanya ikut saja segala prosedur dan arahan yang dah ada.InshaAllah,tak akan ada masalah. :)

Semoga berjaya semua ^-^


Tuesday, 5 August 2014

2 sebab mengapa saya baru menggunakan smartphone

Selamat Hari Raya semua :)

Alhamdulilah, setelah 2 tahun menggunakan samsung Corby 2, harini berpeluang untuk bertukar kepada Lenovo S650 (Terima kasih abah sebab belikan).

Sebenarnya,target nak beli smartphone yang bawah RM 500 ja, tapi dah abah cakap beli yang ni, ikut ja la.

Fon pertama yang dipakai ialah Corby 2 tu. Tu pun dapat lepas keluar result SPM.Kami adik beradik dah dididik oleh mak untuk menggunakan fon hanya lepas SPM.Sepanjang berada di sekolah menengah, kami tidak menggunakan langsung fon sendiri, hanya guna fon rumah ja. Alhamdulilah, tak ada masalah pun tak ada fon sendiri :)

Sebenarnya time nak tukar lenovo ni,ragu-ragu jgk.Ya la,corby 2 ni bukannya smartphone yg ada android pun.Tapi memikirkan yang whatssap penting sekarang ni, maka keputusan nak tukar fon diambil.

2 sebab mengapa saya baru menggunakan smartphone :

  1. Konsentrasi- first time guna corby yg tak ada android tu pun boleh ralit,apatah lg guna smartphone yg ada android, takut ralit main fon sampai kerja lain tak boleh buat. Tambah2 noti whatssap masuk, lg la menganggu konsentrasi.
  2. Harga- of course la kan smartphone jauh lebih mahal dari fon biasa,duit pun bukannya ada sgt. Tapi mujurlah sekarang ada macam2 model yg murah.

Tapi sebab nombor 1 tu la yg membuatkan saya malas nak tukar smartphone. Confirm konsentrasi terganggu.Tapi apa apa pun, Alhamdulilah, rezeki yg Allah bagi dapat jugak tukar fon :)