InshaAllah, 12 ogos ni (selasa) akan keluar keputusan UPU bagi calon STPM/setaraf.
Semoga berjaya kepada kawan-kawan dan semua yang menanti keputusan ini.
Semak keputusan UPU 2014 di sini
Antara persediaan selepas anda menerima keputusan UPU nanti ialah :
1.Bersyukur.(mestilah kan, sebab bukan semua yang memohon dapat,anda antara yang bertuah)
2.Tunggu emel daripada pihak IPTA yang akan menghantar surat tawaran kemasukan kepada anda.(selalunya 1-2 hari lepas keputusan UPU keluar).
3. Lepas dah dapat surat tawaran, sahkan tawaran tersebut di laman web IPTA tersebut.
4.Lepas dah sahkan, print semua panduan & borang yang disediakan.Panduan ni penting untuk kita buat persiapan sebelum mendaftar di IPTA.
5.Semak segala keperluan yang IPTA mahukan ( contoh,pakaian wajib semasa minggu Orientasi- kalau di UiTM minggu Orientasi dikenali sebagai Minggu Destini Siswa/MDS,Pelajar wajib memakai baju kurung/kemeja putih,kain/seluar & kasut hitam.Tudung & tie akan diberikan semasa mendaftar. Kalau di UKM pula,minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar/MMP,pakaian wajib ialah Baju kurung biru dan tudung putih untuk wanita & kemeja putih dan seluar hitam untuk lelaki.Kasut bertutup warna hitam)
*Sediakan pakaian rasmi ni sekurang-kurangya satu pasang.Pakaian ni dipakai semasa berada di dewan bersama Naib Canselor dsb.
6.Buat medical check-up,jangan lupa cetak borang medical check up yg disediakan IPTA masing-masing.
7.Lengkapkan segala borang yang diperlukan oleh IPTA semasa mendaftar.(borang diri,medical check up,borang PTPTN,dll)
8.Bersedia fizikal dan mental untuk melalui fasa baru dalam menuntut ilmu :)
Anda hanya ikut saja segala prosedur dan arahan yang dah ada.InshaAllah,tak akan ada masalah. :)
Semoga berjaya semua ^-^
No comments:
Post a Comment