Apa kata kalau cuba resipi murtabak maggi..
Mungkin ada yang pernah cuba & buat,mungkin ada yang belum.
Ni ada resipi murtabak maggi yang mudah dan ringkas.
Bahan-bahan :
- Maggi kari ( maggi perisa lain boleh digunakan,tapi tak pernah cuba lagi.jadi tak tahu rasanya macam mana)
- Telur (Telur guna lebih sebiji dari pek maggi.Misalnya,kalau maggi kita guna 2 bungkus,maka telur guna 3 biji)
- Air (untuk rebusan)
- Periuk ( kalau ada periuk/pemanggang ajaib,lagi elok digunakan)
- Bekas(untuk campurkan semua bahan)
- Penapis/tos (untuk tos maggi yang direbus)
Cara-cara:
- Rebuskan maggi ( rebus macam kita nak makan maggi kuah)
- Lepas rebus,toskan maggi.Biarkan ia sejuk sekejap.
- Masukkan perencah maggi dan telur ke dalam maggi.Gaul sehingga rata.
- Panaskan minyak (minyak jangan terlalu banyak,ala kadar macam nak goreng telur sudahla)
- Masukkan adunan maggi tersebut.(Ikut selera masing-masing sama ada mahu masukkan kesemua adunan atau sedikit demi sedikit)
- Goreng hingga keperangan.
- Selepas siap digoreng, potong murtabak maggi mengikut citarasa masing-masing.
- Siap dihidang.
Murtabak maggi paling sedap dimakan time panas-panas.Terbaik !
No comments:
Post a Comment