InshaAllah, 12 ogos ni (selasa) akan keluar keputusan UPU bagi calon STPM/setaraf.
Semoga berjaya kepada kawan-kawan dan semua yang menanti keputusan ini.
Semak keputusan UPU 2014 di sini
Antara persediaan selepas anda menerima keputusan UPU nanti ialah :
1.Bersyukur.(mestilah kan, sebab bukan semua yang memohon dapat,anda antara yang bertuah)
2.Tunggu emel daripada pihak IPTA yang akan menghantar surat tawaran kemasukan kepada anda.(selalunya 1-2 hari lepas keputusan UPU keluar).
3. Lepas dah dapat surat tawaran, sahkan tawaran tersebut di laman web IPTA tersebut.
4.Lepas dah sahkan, print semua panduan & borang yang disediakan.Panduan ni penting untuk kita buat persiapan sebelum mendaftar di IPTA.
5.Semak segala keperluan yang IPTA mahukan ( contoh,pakaian wajib semasa minggu Orientasi- kalau di UiTM minggu Orientasi dikenali sebagai Minggu Destini Siswa/MDS,Pelajar wajib memakai baju kurung/kemeja putih,kain/seluar & kasut hitam.Tudung & tie akan diberikan semasa mendaftar. Kalau di UKM pula,minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar/MMP,pakaian wajib ialah Baju kurung biru dan tudung putih untuk wanita & kemeja putih dan seluar hitam untuk lelaki.Kasut bertutup warna hitam)
*Sediakan pakaian rasmi ni sekurang-kurangya satu pasang.Pakaian ni dipakai semasa berada di dewan bersama Naib Canselor dsb.
6.Buat medical check-up,jangan lupa cetak borang medical check up yg disediakan IPTA masing-masing.
7.Lengkapkan segala borang yang diperlukan oleh IPTA semasa mendaftar.(borang diri,medical check up,borang PTPTN,dll)
8.Bersedia fizikal dan mental untuk melalui fasa baru dalam menuntut ilmu :)
Anda hanya ikut saja segala prosedur dan arahan yang dah ada.InshaAllah,tak akan ada masalah. :)
Semoga berjaya semua ^-^
Monolog Diri
Pabila idea muncul, Semangat menulis pun timbul.
Wednesday, 6 August 2014
Tuesday, 5 August 2014
2 sebab mengapa saya baru menggunakan smartphone
Selamat Hari Raya semua :)
Alhamdulilah, setelah 2 tahun menggunakan samsung Corby 2, harini berpeluang untuk bertukar kepada Lenovo S650 (Terima kasih abah sebab belikan).
Sebenarnya,target nak beli smartphone yang bawah RM 500 ja, tapi dah abah cakap beli yang ni, ikut ja la.
Fon pertama yang dipakai ialah Corby 2 tu. Tu pun dapat lepas keluar result SPM.Kami adik beradik dah dididik oleh mak untuk menggunakan fon hanya lepas SPM.Sepanjang berada di sekolah menengah, kami tidak menggunakan langsung fon sendiri, hanya guna fon rumah ja. Alhamdulilah, tak ada masalah pun tak ada fon sendiri :)
Sebenarnya time nak tukar lenovo ni,ragu-ragu jgk.Ya la,corby 2 ni bukannya smartphone yg ada android pun.Tapi memikirkan yang whatssap penting sekarang ni, maka keputusan nak tukar fon diambil.
2 sebab mengapa saya baru menggunakan smartphone :

- Konsentrasi- first time guna corby yg tak ada android tu pun boleh ralit,apatah lg guna smartphone yg ada android, takut ralit main fon sampai kerja lain tak boleh buat. Tambah2 noti whatssap masuk, lg la menganggu konsentrasi.
- Harga- of course la kan smartphone jauh lebih mahal dari fon biasa,duit pun bukannya ada sgt. Tapi mujurlah sekarang ada macam2 model yg murah.
Tapi sebab nombor 1 tu la yg membuatkan saya malas nak tukar smartphone. Confirm konsentrasi terganggu.Tapi apa apa pun, Alhamdulilah, rezeki yg Allah bagi dapat jugak tukar fon :)
Sunday, 27 July 2014
Salam kosong-kosong
Salam Aidilfitri 1435 H
Maaf Zahir dan Batin
Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, InshaAllah
Dalam keseronakkan kita meraikan lebaran, jangan dilupakan nasib saudara kita di seluruh dunia yang berada dalam kedaifan, terutamanya di Bumi Palestin.Juga kepada negara kita Malaysia,semoga keamanan yang kita kecapi hampir 60 tahun ini dikekalkan.Semoga negara kita dijauhkan dari segala mara bahaya dan ancaman yang tidak diingini.Amin
Semoga segala doa dan harapan yang dipohon oleh umat Islam seluruh dunia dimakbulkan oleh Allah SWT,InsaAllah.
Resipi Murtabak Maggi
Memandangkan hari ni hari last Ramadhan (InshaAllah), mungkin kita dah tak tahu nak makan/buat kuih apa kan untuk berbuka?
Apa kata kalau cuba resipi murtabak maggi..
Mungkin ada yang pernah cuba & buat,mungkin ada yang belum.
Ni ada resipi murtabak maggi yang mudah dan ringkas.
Bahan-bahan :
Apa kata kalau cuba resipi murtabak maggi..
Mungkin ada yang pernah cuba & buat,mungkin ada yang belum.
Ni ada resipi murtabak maggi yang mudah dan ringkas.
Bahan-bahan :
- Maggi kari ( maggi perisa lain boleh digunakan,tapi tak pernah cuba lagi.jadi tak tahu rasanya macam mana)
- Telur (Telur guna lebih sebiji dari pek maggi.Misalnya,kalau maggi kita guna 2 bungkus,maka telur guna 3 biji)
- Air (untuk rebusan)
- Periuk ( kalau ada periuk/pemanggang ajaib,lagi elok digunakan)
- Bekas(untuk campurkan semua bahan)
- Penapis/tos (untuk tos maggi yang direbus)
Cara-cara:
- Rebuskan maggi ( rebus macam kita nak makan maggi kuah)
- Lepas rebus,toskan maggi.Biarkan ia sejuk sekejap.
- Masukkan perencah maggi dan telur ke dalam maggi.Gaul sehingga rata.
- Panaskan minyak (minyak jangan terlalu banyak,ala kadar macam nak goreng telur sudahla)
- Masukkan adunan maggi tersebut.(Ikut selera masing-masing sama ada mahu masukkan kesemua adunan atau sedikit demi sedikit)
- Goreng hingga keperangan.
- Selepas siap digoreng, potong murtabak maggi mengikut citarasa masing-masing.
- Siap dihidang.
Murtabak maggi paling sedap dimakan time panas-panas.Terbaik !
Tuesday, 22 July 2014
Resipi Cucur Kurma yang mudah dan ringkas
![]() |
Cucur Kurma/kurma goreng-gambar kurang jelas |
Cucur kurma/kurma goreng sangat sedap dimakan waktu berbuka tambah2 time panas,memang sedap & ranggup.Sangat senang :)
*resipi turun -temurun dari bonda.hehe
Bahan-bahan
- Kurma(Untuk sennag makan,kurma dibuang bijinya)
- Tepung goreng cucur ( Tepung yang diguna ikut kuantiti kurma)
- Air Kapur (untuk buat bancuhan tepung goreng)
Cara-cara
- Sediakan kurma ( boleh dibuang biji,untuk mudah dimakan)
- Sediakan bancuhan tepung goreng cucur.Tambahkan air kapur(beli kapur masakan di kedai,tambah air dan biarkan) ke dalam tepung secukupnya.
- Masukkan kurma ke dalam tepung.Kacau sehingga tepung meliputi keseluruhan kurma.
- Panaskan minyak.Goreng kurma setelah minyak panas.
- Goreng kurma sehingga warna keperangan ( macam goreng pisang tu)
- Siap dihidangkan
-Kurma goreng enak dimakan panas.
-Sangat rangup
SELAMAT MENCUBA :)
Sunday, 20 July 2014
Iklan Raya 2014
Tahun ni nampaknya iklan raya kebanyakanya best2 la...
Banyak yang menggamit memori dan nostalgia raya waktu dulu yang sekarang makin luntur.
Sekarang,semua busy dengan gajet,raya sekarang dah tak semeriah dulu.
Kalau dulu,balik kampung malam raya,mesti sibuk kat dapur,malam pulak tidur ramai2 kat ruang tamu,maklumlah bilik tak cukup,saudara mara ramai.hehe
Satu lagi kenangan,bila pagi raya, mesti beratur panjang nak mandi.Sapa bangun dulu,dia la yang dapat toilet dulu nak mandi.
Ni antara iklan raya yang best.(Top 10)
1) Iklan Raya Petronas-Ke Pangkuan Bonda
#PetronasRaya2014-ke Pangkuan Bonda
2) Iklan Raya TM 2014-Adik (Sambungan Iklan Raya TM 2013-Tahun lepas cerita pasal abang,tahun ni pasal adik dia pulak.Comel budak perempuan tu :)
#TMRaya2014-Adik
3) Iklan Raya RTM-Ini Baru Raya : Realiti kita beraya sekarang-depan gajet.(Memang kena batang hidung la,hehe)
#RTMRaya2014-Ini Baru Raya
4)Iklan Raya Nissan-Atuk
Iklan Raya 2014-Atuk
5) Iklan Raya -Ibu. Ni bukan iklan tahun ni,tapi terjumpa kat youtube,iklan tahun lepas.sedih iklan ni
Iklan Raya Sedih
6)Ni Iklan raya paling evergreen-dari petronas :D
Iklan Raya Petronas-Lembu
7)Ni satu lagi iklan sedih dari petronas.Dulu setiap kali tengok,mesti sebak.sekarang pun sama jugak.Lagu dia tu yg tambah lagi rasa sedih
Iklan Sedih petronas
8)Iklan burung murai-terbaik dan sentiasa sedih setiap kali tengok
Burung Murai
9)Iklan Raya Maxis 2013
Iklan Raya Maxis 2013
10)Iklan Raya Bernas-antara iklan raya terbaik pernah dihasilkan.5 Bintang
Iklan Raya Bernas-The Journey

Friday, 18 July 2014
Resipi Kek Batik paling senang dan ringkas
Cara buat kek Batik paling senang dan ringkas.
Tapi,rasanya masih sedap walaupun tak la sesedap kek batik yang dijual.hehe
Bahan-Bahan :
- Biskut Merry (kalau yang Munchy's punya pek warna merah)
- Milo (serbuk punya)
- susu pekat(sediakan satu tin)
- Marjerin/planta
Cara-cara penyediaan :
- Patah-patahkan biskut Merry ( sekecil yang mungkin)
- Masukkan Milo ( dalam 2-3 sudu besar dulu,nanti rasa tak cukup,tambahkan lagi)
- Masukkan susu pekat (jangan terlalu banyak,tambah sedikit demi sedikit).Susu pekat ni fungsi dia seperti gam yg akan cantumkan milo dan biskut merry.
- Kacau kesemua bahan sehingga sebati(tekankan biskut sehingga hancur)
- Masukkan adunan ke dalam bekas sehingga rata.Sapu Planta/Marjerin di atas adunan sebelum menambah lapisan kedua.
- Ulang langkah 5 sebelum menambah lapisan baru.Tambah adunan ke dalam bekas sehingga habis.
- Masukkan ke dalam peti sejuk.
- Siap dimakan !
Ringkas dan senang.Tapi rasa kek batik masih sama macam di kedai :)
Subscribe to:
Posts (Atom)