Sunday, 27 July 2014

Salam kosong-kosong



Salam Aidilfitri 1435 H
Maaf Zahir dan Batin
Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang, InshaAllah



Dalam keseronakkan kita meraikan lebaran, jangan dilupakan nasib saudara kita di seluruh dunia yang berada dalam kedaifan, terutamanya di Bumi Palestin.Juga kepada negara kita Malaysia,semoga keamanan yang kita kecapi hampir 60 tahun ini dikekalkan.Semoga negara kita dijauhkan dari segala mara bahaya dan ancaman yang tidak diingini.Amin

Semoga segala doa dan harapan yang dipohon oleh umat Islam seluruh dunia dimakbulkan oleh Allah SWT,InsaAllah.

Resipi Murtabak Maggi

Memandangkan hari ni hari last Ramadhan (InshaAllah), mungkin kita dah tak tahu nak makan/buat kuih apa kan untuk berbuka?

Apa kata kalau cuba resipi murtabak maggi..
Mungkin ada yang pernah cuba & buat,mungkin ada yang belum.

Ni ada resipi murtabak maggi yang mudah dan ringkas.

Bahan-bahan :


  1. Maggi kari ( maggi perisa lain boleh digunakan,tapi tak pernah cuba lagi.jadi tak tahu rasanya macam mana)
  2. Telur (Telur guna lebih sebiji dari pek maggi.Misalnya,kalau maggi kita guna 2 bungkus,maka telur guna 3 biji)
Alatan memasak :


  1. Air (untuk rebusan)
  2. Periuk ( kalau ada periuk/pemanggang ajaib,lagi elok digunakan)
  3. Bekas(untuk campurkan semua bahan)
  4. Penapis/tos (untuk tos maggi yang direbus)

Cara-cara:

  1. Rebuskan maggi ( rebus macam kita nak makan maggi kuah)
  2. Lepas rebus,toskan maggi.Biarkan ia sejuk sekejap.
  3. Masukkan perencah maggi dan telur ke dalam maggi.Gaul sehingga rata.
  4. Panaskan minyak (minyak jangan terlalu banyak,ala kadar macam nak goreng telur sudahla)
  5. Masukkan adunan maggi tersebut.(Ikut selera masing-masing sama ada mahu masukkan kesemua adunan atau sedikit demi sedikit)
  6. Goreng hingga keperangan.
  7. Selepas siap digoreng, potong murtabak maggi mengikut citarasa masing-masing.
  8. Siap dihidang.
    Murtabak maggi paling sedap dimakan time panas-panas.Terbaik !

Tuesday, 22 July 2014

Resipi Cucur Kurma yang mudah dan ringkas

Cucur Kurma/kurma goreng-gambar kurang jelas

Cucur kurma/kurma goreng sangat sedap dimakan waktu berbuka tambah2 time panas,memang sedap & ranggup.Sangat senang :)

*resipi turun -temurun dari bonda.hehe

Bahan-bahan

  1. Kurma(Untuk sennag makan,kurma dibuang bijinya)
  2. Tepung goreng cucur ( Tepung yang diguna ikut kuantiti kurma)
  3. Air Kapur (untuk buat bancuhan tepung goreng)
Cara-cara

  1. Sediakan kurma ( boleh dibuang biji,untuk mudah dimakan)
  2. Sediakan bancuhan tepung goreng cucur.Tambahkan air kapur(beli kapur masakan di kedai,tambah air dan biarkan) ke dalam tepung secukupnya.
  3. Masukkan kurma ke dalam tepung.Kacau sehingga tepung meliputi keseluruhan kurma.
  4. Panaskan minyak.Goreng kurma setelah minyak panas.
  5. Goreng kurma sehingga warna keperangan ( macam goreng pisang tu)
  6. Siap dihidangkan
-Kurma goreng enak dimakan panas.
-Sangat rangup

SELAMAT MENCUBA :)





Sunday, 20 July 2014

Iklan Raya 2014

Tahun ni nampaknya iklan raya kebanyakanya best2 la...
Banyak yang menggamit memori dan nostalgia raya waktu dulu yang sekarang makin luntur.
Sekarang,semua busy dengan gajet,raya sekarang dah tak semeriah dulu.
Kalau dulu,balik kampung malam raya,mesti sibuk kat dapur,malam pulak tidur ramai2 kat ruang tamu,maklumlah bilik tak cukup,saudara mara ramai.hehe
Satu lagi kenangan,bila pagi raya, mesti beratur panjang nak mandi.Sapa bangun dulu,dia la yang dapat toilet dulu nak mandi.

Ni antara iklan raya yang best.(Top 10)

1) Iklan Raya Petronas-Ke Pangkuan Bonda

#PetronasRaya2014-ke Pangkuan Bonda

2) Iklan Raya TM 2014-Adik (Sambungan Iklan Raya TM 2013-Tahun lepas cerita pasal abang,tahun ni pasal adik dia pulak.Comel budak perempuan tu :)

#TMRaya2014-Adik

3) Iklan Raya RTM-Ini Baru Raya : Realiti kita beraya sekarang-depan gajet.(Memang kena batang hidung la,hehe)

#RTMRaya2014-Ini Baru Raya

4)Iklan Raya Nissan-Atuk

Iklan Raya 2014-Atuk

5) Iklan Raya -Ibu. Ni bukan iklan tahun ni,tapi terjumpa kat youtube,iklan tahun lepas.sedih iklan ni

Iklan Raya Sedih

6)Ni Iklan raya paling evergreen-dari petronas :D

Iklan Raya Petronas-Lembu

7)Ni satu lagi iklan sedih dari petronas.Dulu setiap kali tengok,mesti sebak.sekarang pun sama jugak.Lagu dia tu yg tambah lagi rasa sedih

Iklan Sedih petronas

8)Iklan burung murai-terbaik dan sentiasa sedih setiap kali tengok
Burung Murai

9)Iklan Raya Maxis 2013

Iklan Raya Maxis 2013

10)Iklan Raya Bernas-antara iklan raya terbaik pernah dihasilkan.5 Bintang

Iklan Raya Bernas-The Journey

Friday, 18 July 2014

Resipi Kek Batik paling senang dan ringkas


Cara buat kek Batik paling senang dan ringkas. 
Tapi,rasanya masih sedap walaupun tak la sesedap kek batik yang dijual.hehe

Bahan-Bahan :
  • Biskut Merry (kalau yang Munchy's punya pek warna merah)
  • Milo (serbuk punya)
  • susu pekat(sediakan satu tin)
  • Marjerin/planta
Cara-cara penyediaan :
  1. Patah-patahkan biskut Merry ( sekecil yang mungkin)
  2. Masukkan Milo ( dalam 2-3 sudu besar dulu,nanti rasa tak cukup,tambahkan lagi)
  3. Masukkan susu pekat (jangan terlalu banyak,tambah sedikit demi sedikit).Susu pekat ni fungsi dia seperti gam yg akan cantumkan milo dan biskut merry.
  4. Kacau kesemua bahan sehingga sebati(tekankan biskut sehingga hancur)
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas sehingga rata.Sapu Planta/Marjerin di atas adunan sebelum menambah lapisan kedua.
  6. Ulang langkah 5 sebelum menambah lapisan baru.Tambah adunan ke dalam bekas sehingga habis.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Siap dimakan !







Ringkas dan senang.Tapi rasa kek batik masih sama macam di kedai :)

Hari Tragik Malaysia

Dalam kita tengah berduka dengan serangan Israel yang tak berhati perut di Bumi Palestin, negara kita dikejutkan pula dengan Insiden MH 17 yang ditembak oleh pengganas.

Lepas 132 hari kejadian MH370, Malaysia sekali lagi diuji dengan insiden yang tak diduga ini.Sesungguhnya tahun 2014 merupakan tahun yang penuh cabaran bukan sahaja buat Malaysia Airlines, malah untuk seluruh rakyat Malaysia.Sekiranya benar laporan yg mengatakan bahawa pengganas tersilap menembak pesawat ini, semoga pihak yang bertanggungjawab dapat bertindak secepat mungkin.

Kepada ahli keluarga penumpang dan krew MH 17, salam takziah diucapkan.Sesungguhnya kami yang tidak punya pertalian keluarga turut merasai kesedihan insiden ini.Dugaan yang berat ditambah pula syawal yang bakal tiba dalam tempoh 10 hari lagi.

Kepada pihak MAS dan kepimpinan kerajaan Malaysia,semoga tabah menghadapi insiden ini.Dugaan yang berat terpaksa kita hadapi dalam tempoh yang sangat singkat selepas negara kita digemparkan dengan kehilangan MH 370 Mac lalu.Semoga semuanya diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dan semoga kita mengetahui kebenaran,InshaAllah.

Malaysia Berduka.
Al-Fatihah.





Kepada rakyat Palestin,Malaysia akan sentiasa bersamamu,InshaAllah.
Paling penting, Allah sentiasa bersamamu,saudaraku.



Thursday, 17 July 2014

Panggilan dari Vancouver

* Entry kali ni adalah kisah betul yang saya sendiri alami.
Mungkin ada yang tak percaya.Tapi teruskan ja membaca...

Selasa,15 Julai 2014
0100

Tengah ralit tengok Star King dekat channel 393,One HD, tiba-tiba telefon rumah bunyi. Jarang telefon rumah sekarang nak bunyi memandangkan semua ahli keluarga dah ada fon masing ( kecuali dua yang kecik, tu pun jarang sangat kawan2 depa nak call)

Mula-mula tak mau angkat, sebab selalunya salah nombor.
Tapi ingat takut urgent case, angkat ja la walaupun dah tengah malam time tu.

Angkat.

Me : Helo
Caller : Helo

*Dengar suara macam Chinese, dah agak mesti salah nombor ni*

Me : Helo,salah nombor ni.
Caller : Are you France ? *mungkin sebab loghat kedah kot,hehehe*
Me : * tak berapa clear suara caller tu* No,this is wrong number,I'm in Alor Setar, Kedah.
Caller : Sorry I can't understand what you said..

*Mula berpeluh sebab nervous*

Me : Where are you calling from?
Caller : I'm calling from Vancouver
Me : Vancouver ? But this is Malaysia.How come did you call my number?
Caller : But,you the one who called me first.That's why I'm dialed your number.Is'it your number 604******
Me : Yeah, that's my number.I think there's must be mistakes.I don't think somebody called you.
 * Dia still tanya kenapa call dia & aku pun cakap la tak mungkin la ada org call dia*

Caller : Where are you wright now?
Me : I'm in Malaysia.
Caller : Asia? which Asia? Japan?
Me: No,I'm in Malaysia..You know Malaysia,It's near Singapore.
Caller :  Oh, Malaysia ... Are you a Muslim?
Me : *Tak dengar soalan dia* No no...
Caller : Oh, because I heard there's Muslim in Malaysia
Me : * Baru perasan soalan dia tadi* oh yes yes, I'm a Muslim * Sebelum jawab,ragu2 jugak nak mengaku muslim,takut la dia nak maki hamun apa2 ka*

Caller: You are a Muslim ? Well, Assalamualaikum..
Me : *terkejut* Waalaikumsalam..Are you a Muslim too?
Caller : yeah I'm a muslim... Are you fasting right now?
Me : Yes,we're fasting.But it's night in here, so we'll start fasting tomorrow at 6 a.m.Are you fasting right now?
Caller : Yes,yes...I'm fasting ... But How did you reached my number. 604 is the number(phone code) in Canada.. * dia pun sebut la sekali lagi number telefon )
Me : Yes exactly,that's my number.Maybe there's a mistake...
Caller :*still hesitated* well,okay.... Assalamualaikum sister.
Me : Waalaikumsalam brother.Happy fasting to you.
Caller : Yes,thanks...Assalamualaikum..


-Perbualan lebih kurang 5 minit yang tak disangka-sangka.Memang tak percaya. Bayangkan ada orang salah nombor jauh dari Kanada.

Pengajaran dari kejadian ni:

  • Nasib baik boleh cakap English jugak, tak la nervous sangat nak explain kat dia yang dia salah nombor.
  • Excited pun ada jugak sebab berpeluang cakap dengan orang putih tanpa diduga.hehe..Ni la kot orang cakap takdir Allah...
  • Bayangkan, panggilan tu dari Vancouver, tempat yang majoritinya Non-Muslim,tapi yang tersalah telefon ni adalah seorang Muslim.Yang terima panggilan ni pun seorang Islam.Bila fikir sejenak,kuasa Allah memang hebat.Bila dia kata Kun Fayakun, semua benda boleh jadi
  • Sama ada panggilan tu betul-betul dari Vancouver ataupun ada yang nak prank malam2 buta, Wallahualam. Tapi, bila aku try google kod telefon untuk Vancouver, memang betul 604****.Tapi hati ni kuat kata yang panggilan tu memang dari Vancouver & dia tercall sampai ke Malaysia pun tanpa sengaja. Sebab Malaysia punya international phone code pun +60****...Mungkin dia terletak + kot sebelum dial nombor, sebab tu dia boleh terdial nombor fon rumah aku ni..
  • Nasib baik dia faham jugak English aku yang boleh dikatakan Manglish la..hahaha...& nasib baik aku pun faham English dia, ya lah foreigner kalau cakap English, laju kan..
  • Unexpected call from Canada- mungkin Allah nak bagi pengalaman kat aku untuk cakap dengan foreigner supaya lepas ni aku boleh perbaiki English aku.. :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Terniat nak buat blog.

Sebab ?

Sedang mencari tempat untuk meluahkan pendapat/pengalaman/dll.

Moga blog ni bermanfaat,InhsaAllah.

Selamat menjadi blogger, AA :)